Home » » Catatan awal

Catatan awal

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas nikmat pemberiannya masih dikurniakan kesempatan untuk menghela nafas dan mengecapi anugerah kesihatan yang begitu bernilai. Selawat dan salam dipanjatkan ke atas nabi junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang banyak mengerah keringat dan mencurahkan bakti demi melihat Islam tertegak di bumi Allah ini. Tidak lupa juga kepada para keluarga baginda, para sahabat dan para pejuang Islam yang meneruskan mata rantai perjuangan baginda.

Alhamdulillah dengan taufik dan kudrat yang diberikan oleh Allah tangan ini masih mampu untuk menulis. Mudah-mudahan pelbagai input yang bakal disampaikan dapat memberi manfaat bersama.

Sebenarnya diri ini masih lagi bertatih dalam bidang penulisan. Perjalanan dalam mengenal selok-belok dunia penulisan masih jauh. Banyak perkara yang harus dipelajari daripada orang-orang yang lebih senior dan berpengalaman. Bagi menghasilkan karya penulisan yang bermutu dan berilmu bukannya mudah. Ia harus berdasarkan pemerhatian, pengkajian, pengalaman dan perbincangan disamping meningkatkan daya pembacaan. Bukan itu saja, menulis juga haruslah menggunakan mata hati dan pemikiran yang dalam bagi melahirkan ruh dalam penulisan sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Herry Nurdi iaitu Ketua Pengarang Majalah Sabili.


Herry Nurdi



Ustaz Hasrizal @ Abu Saif

Ustaz Hasrizal pernah menyebut semasa ditemubual dalam rancangan Blog terbitan TV 1 bahawa penulisan merupakan salah satu wadah untuk menyeru manusia berbuat kebaikan dan menolak sebarang bentuk kemungkaran. Hakikatnya ia tidak dapat disangkal. Penulisan telah lama digunapakai oleh ulama’ dan ilmuan Islam dalam menyebarkan dakwah dan ilmu sejak dahulu lagi. Mereka mampu menulis berjilid-jilid buku sehingga menjadi rujukan masyarakat seantero dunia hingga ke hari.

Namun hari ini teknologi sudah berkembang pesat. Penulisan tidak lagi hanya tertumpu pada penghasilan buku. Para daie kini mula mengambil pendekatan melalui penulisan di blog, facebook dan sebagainya. Hasil tulisan mereka berjaya mengetuk pintu hati serta membuka minda masyarakat sama ada berhubung dengan agama Islam mahupun isu-isu lain.

Menyedari hal ini, diri merasa terpanggil untuk mengikuti jejak langkah mereka dalam memberi sumbangan terhadap dakwah. Semoga nawaitu ini sentiasa lurus dalam memburu mardhatillah.

Muhammad Safuan Bin Adnan

1 Sya’aban 1432 H

0 ulasan:

Catat Ulasan

Like

Popular Posts

Jom Singgah!!!

Himpunan Kata Hukama'

الوقاية خير من العلاج

Al- Wiqaayatu khoiru minal 'ilaaj

(Mencegah lebih baik dari mengubati)

خير الناس انفعهم للناس

Khoirun nasi ‘anfa’uhum linnas

(Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain)



Mutiara Hikmah Terkini

تنظيم الوقت اساس النجاح

Tanzimul wakti asasun najah

(Pengurusan masa asas kejayaan)

Klik di sini!!!