Home » » Jiwa Seni: Ikhlas menulis kerana Allah

Jiwa Seni: Ikhlas menulis kerana Allah

Tajuk: Nawaitu

Hasil karya: Akhi Abduh


Sang penulis itu giat berkarya

Buat tatapan umat manusia

Untaian katanya penuh makna

Bisa meruntun jiwa pembaca

Tujuannya bukan untuk berdakwah

Namun niatnya untuk bermegah

Dirinya mahu diangkat

Sebagai seorang insan yang berbakat

Hatinya dihinggapi riak

Lantas amalannya ditolak

Tiada nilai di sisi Allah

Bahkan hanya menempah padah


Teman seperjuanganku

Beringatlah selalu

Luruskanlah nawaitu hatimu

Dalam gerak dan tingkah laku

Bukan pujian yang dipinta

Hanya redhaNya yang didamba

Ikhlas berbakti keranaNya semata

Mari renungkan bersama

Ramai orang yang berkecimpung dalam bidang penulisan sama ada berbentuk puisi, artikel, novel dan lain-lain. Ia ditulis bagi meluahkan rasa hatinya sama ada berunsurkan nasihat, kritikan, pujian, cemuhan dan pelbagai lagi.

Segalanya bermula dengan niat sepertimana yang tercatat dalam hadis baginda S.A.W . Jika niatnya untuk menyeru manusia agar mentaati Allah dan menjauhi laranganNya, maka baiklah ganjaran baginya. Namun jika sebaliknya maka tunggulah azab Allah yang pedih.

Niat manusia pelbagai. Ada kalanya riak bertakhta di hati. Asalnya untuk berdakwah namun kini sudah berubah. Dia mahu disanjung sebagai wira dalam agama. Dia mahu dipandang mulia. Sudi memberi nasihat dan berkongsi maklumat. Ungkapannya terkandung seribu erti dengan gaya bahasa penuh seni. Ayat Al-Quran, Hadith dan pepatah pujangga pula menjadi seri.

Tidak kurang juga ada yang menulis untuk mengampu. Kata-katanya semanis tebu namun ada udang disebalik batu. Kerana jawatan dan kesenangan sanggup menipu.Tanpa disedari dirinya hanya menjadi tunggangan syaitan dan nafsu.

Waspadalah, jangan kerana ingin menjadi popular di mata manusia dan mengejar habuan dunia amalan menjadi sia-sia. Tak perlu menagih pujian insan yang hanya sementara. Yang patut diharapkan ialah keredhaan dan kasih-sayangNya.

Kita harus sentiasa beringat agar tidak terjerat. Yang berdosa harus segera bertaubat agar diri tidak tersesat. Semoga menjadi renungan dan peringatan bersama.

2 ulasan:

  1. ye mmg menulis x semestinya bahasa berbunga2..tapi ikut individu 2 mcm mna dia nk menterjemahkan bahasa minda dia...ana suka menulis mengikut rentak hati...adakalanya dlm bahasa yg rendah @ tinggi..mengikut situasi pemikiran...wallahua'lam...

    BalasPadam

Like

Popular Posts

Jom Singgah!!!

Himpunan Kata Hukama'

الوقاية خير من العلاج

Al- Wiqaayatu khoiru minal 'ilaaj

(Mencegah lebih baik dari mengubati)

خير الناس انفعهم للناس

Khoirun nasi ‘anfa’uhum linnas

(Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain)



Mutiara Hikmah Terkini

تنظيم الوقت اساس النجاح

Tanzimul wakti asasun najah

(Pengurusan masa asas kejayaan)

Klik di sini!!!