Home » » Hayya bil Arabiyah: Jom berbahasa Arab

Hayya bil Arabiyah: Jom berbahasa Arab

Pada era globalisasi masa kini, masyarakat khususnya di Malaysia sangat mengambil berat tentang kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris. Namun tanpa disedari mereka menyisihkan bahasa Arab yang tidak kurang pentingnya dalam kehidupan.

Terdapat segelintir masyarakat terutamanya para pelajar yang belajar bahasa Arab hanya di bangku sekolah sahaja. Setelah tamat sekolah, pembelajaran itu terhenti setakat itu sahaja. Tiada usaha yang dilakukan dalam mengenali bahasa tersebut dengan lebih mendalam. Sedangkan Nabi pernah menyebut “tuntutlah ilmu bermula dari buaian hingga ke liang lahad”.

Terdapat juga sebahagian mahasiswa khususnya yang melanjutkan pelajaran di universiti Timur Tengah yang masih belum mahir berbahasa Arab walaupun telah beberapa tahun berada di sana. Salah satu faktornya ialah kesempatan untuk bergaul dengan masyarakat Arab tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Malah mereka lebih cenderung untuk bergaul dengan rakan-rakan sebangsa dengan mereka.

Selain itu, ada juga masyarakat yang kurang berminat untuk mempelajarinya. Mereka menganggap bahasa Arab hanya boleh dipelajari oleh golongan tertentu sahaja. Kita perlu sedari bahawa bahasa Arab tidak terhad kepada pelajar sekolah agama sahaja malahan ianya boleh dipelajari oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengenal bangsa, pendidikan dan sebagainya. Tambahan pula sebagai seorang muslim, kita wajar mempelajari dan menguasai bahasa Arab kerana ia merupakan bahasa Rasulullah yang tercinta.

Belajar teori dan komunikasi

Rakan-rakan yang dihormati sekalian,

Jangan sekadar mempelajari teori sahaja seperti ilmu nahu (tatabahasa), ilmu balaghah (ilmu sastera Arab) dan lain-lain yang terkandung dalam bahasa Arab, bahkan kita disarankan untuk berusaha berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Apa gunanya jika belajar bahasa Arab sekalipun hingga memperolehi ijazah dalam bidang tersebut, tetapi tidak mampu untuk berbahasa Arab. Bak kata pepatah “ ilmu tanpa amal umpama pokok yang tidak berbuah”.

Untuk menjadikan diri kita mampu berbahasa Arab, kita harus kerap bercakap dalam bahasa Arab dengan orang lain seperti rakan atau keluarga. Jika mempunyai rakan yang berbagsa Arab ianya lebih baik untuk kita mempraktikkannya. Selain berusaha untuk bercakap dalam bahasa Arab, kita juga mesti selalu mendengar percakapan dalam bahasa Arab seperti di radio Ikim.fm ( rancangan Hayya bil Arabiyah, setiap Isnin hingga Jumaat jam 9.50 pagi dan ulangan pada jam 9 malam) supaya kita dapat memperbaiki sebutan dalam bahasa Arab. Kita juga digalakkan untuk membaca tulisan-tulisan dalam bahasa Arab untuk meningkatkan perbendaharaan kata (vocab) kita.

Sebenarnya tiada alasan untuk kita tidak mampu untuk mempelajari dan mempraktikkannya. Pelbagai sumber yang boleh kita dapati sebagai rujukan seperti dari radio dan internet selain buku dan majalah untuk meningkatkan penguasaaan dalam bahasa tersebut.

Laman yang boleh dilawati

*http://mari-belajar-bahasa-arab.blogspot.com
*http://arabic.goodforum.net
*http://maalhijrah.blogspot.com
*ArabMykrk.com
*http://wanrusli.net
*http://www.ikimfm.my

bersambung...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Like

Popular Posts

Jom Singgah!!!

Himpunan Kata Hukama'

الوقاية خير من العلاج

Al- Wiqaayatu khoiru minal 'ilaaj

(Mencegah lebih baik dari mengubati)

خير الناس انفعهم للناس

Khoirun nasi ‘anfa’uhum linnas

(Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain)



Mutiara Hikmah Terkini

تنظيم الوقت اساس النجاح

Tanzimul wakti asasun najah

(Pengurusan masa asas kejayaan)

Klik di sini!!!