Home » » Hayya bil Arabiyah: Jom berbahasa Arab (sambungan)

Hayya bil Arabiyah: Jom berbahasa Arab (sambungan)

Mengapa perlu belajar bahasa Arab?

Cara untuk Memahami Islam

Bagaimana ingin memahami Islam jika tidak memahami Al- Quran dan Hadith? Bagaimana pula mahu memahami Al- Quran dan Hadith jika tidak mempelajari bahasa Arab. Justeru dengan belajar bahasa Arab, kita dapat membongkar kandungan yang terdapat dalam sumber tersebut seperti hukum hakam, kaedah usul fiqh dan lain-lain.

Bahasa ibadah

Segala ibadah kita menggunakan bahasa Arab seperti solat, haji dan sebagainya. Fikirkan jika kita tidak memahami bahasa tersebut di dalam solat, apakah ia dapat membantu kita untuk khusyuk dalam solat? Andai kita membaca Al-Quran namun tidak memahami maknanya apakah jiwa kan terkesan? Apakah kita dapat memetik ibrah (pengajaran) darinya?

Bahasa antarabangsa

Bahasa Arab merupakan bahasa ketiga dunia selepas bahasa Inggeris dan Perancis. Dengan menguasai bahasa tersebut kita dapat menjalinkan hubungan diplomatik atau meluaskan empayar perniagaan. Sekiranya kita ingin memasarkan sesuatu produk ke negara Arab yang kaya misalnya, kemahiran dalam bahasa Arab adalah perlu selain menguasai bahasa dunia yang lain.

Bukan itu sahaja, malah banyak lagi kepentingan dan manfaat hasil mempelajari bahasa Arab yang belum ditulis. Semoga dengan mengetahui kepentingannya ia dapat menyemai kecintaan kita terhadap bahasa wahyu ini.


Cara menguasai bahasa Arab

  • Mencari contoh-contoh perbualan dari buku, majalah atau internet.
  • Sentiasa mempraktikkannya (berkomunikasi) dengan orang lain.
  • Mendengar berita atau perbualan dalam bahasa Arab dari radio atau tv.
  • Membaca karangan-karangan dalam bahasa Arab.
  • Sentiasa merujuk kamus atau menggunakan google translet dan sebagainya.
  • Belajar memahami perkataan dan ayat dalam Al-Quran melalui Al-Quran terjemahan.
  • Memanfaatkan kata pinjaman Arab dalam penggunaan bahasa Melayu seperti zaman, khadam, hadir dan banyak lagi.
  • Sentiasa bertanya kepada yang mengetahui serta mempelajarinya melalui buku dan sebagainya.

Memetik satu kata-kata: Jika kita tidak tahu maka belajarlah, jika kita tahu maka ajarkanlah.



0 ulasan:

Catat Ulasan

Like

Popular Posts

Jom Singgah!!!

Himpunan Kata Hukama'

الوقاية خير من العلاج

Al- Wiqaayatu khoiru minal 'ilaaj

(Mencegah lebih baik dari mengubati)

خير الناس انفعهم للناس

Khoirun nasi ‘anfa’uhum linnas

(Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain)



Mutiara Hikmah Terkini

تنظيم الوقت اساس النجاح

Tanzimul wakti asasun najah

(Pengurusan masa asas kejayaan)

Klik di sini!!!