Home » » Semasa: BERSIH dikotori kezaliman

Semasa: BERSIH dikotori kezaliman

9 Julai 2011 mencatatkan sejarah bagi rakyat Malaysia apabila satu perhimpunan rakyat diadakan di ibu negara. Perhimpunan yang dikenali sebagai perhimpunan Bersih itu dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) bagi menuntut piliharaya yang telus dan adil. Dianggarkan jumlah yang hadir seramai 50 000 orang.

Sekatan demi sekatan jalan raya telah dijalankan oleh pihak polis dalam menghadapi perhimpunan tersebut. Dikhabarkan lalulintas menjadi sesak di pinggir bandar sewaktu polis memeriksa kenderaan bagi mengesan mereka yang mungkin menyertai perhimpunan tersebut. Beberapa lokasi telah dikawal oleh pihak polis seperti di Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan pusat membeli-belah Sogo. Kenderaan yang memasuki kawasan ini telah diperiksa rapi.

Selain itu, terdapat 58 jalan yang ditutup atau dilencongkan sepanjang perhimpunan Bersih 2.0 pada hari tersebut. Antaranya ialah Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru, Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban, Jalan Sungai Besi/Bulatan Pudu dan Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak.

Apa yang berlaku?

Pihak Polis telah menyembur gas pemedih mata ke arah peserta pehimpunan Bersih bagi meleraikan pehimpunan tersebut. Namun ada juga peserta yang berjaya bergabung seperti di Jalan Pudu berhampiran Menara Maybank. Namun tidak kurang 10,000 daripada mereka akhirnya dapat disuraikan dengan tindakan keras oleh pihak polis.

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said menyelar keganasan yang dilakukan oleh pihak polis pada perhimpunan itu sambil menyifatkan ia keganasan yang paling teruk pernah disaksikannya. Menurut beliau "Saya menyaksikan tembakan gas itu amat rambang dan kasar. Saya menyaksikan beberapa wanita yang jatuh dan huru-hara, itu tidak pernah ditengok."Dulu walaupun saya menghadapi gas tapi yang ini adalah gas yang kejam sekali dan dahsyat" kata beliau lagi.

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar turut memberi reaksi terhadap keganasan yang berlaku. Menurutnya polis berulang-kali melepaskan tembakan terus ke arah orang ramai hingga menyebabkan ramai yang cedera. "Seorang pengawal peribadi Anwar luka di bahagian pipinya sepanjang empat inci manakala ketua pembangkang, iaitu ayah saya juga cedera. Adik saya juga ditahan dan dibawa ke trak FRU” ujar beliau. Tambahan beliau "Polis bukannya melepaskan tembakan gas pemedih mata ke udara tetapi menghalanya terus ke arah ahli parlimen sehingga mencederakan mereka.

Perhimpunan tersebut turut menyaksikan kematian seorang rakyat Malaysia iaitu Baharudin Ahmad, 58 yang merupakan suami kepada Ketua Wanita Cabang Setiawangsa, Rusni Melan. Allahyarham meninggal dunia selepas jatuh pengsan akibat terkena gas pemedih mata di perkarangan KLCC. Isteri beliau mengatakan “ saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami saya tidak larat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari apabila polis mahu tangkap baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri”.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Like

Popular Posts

Jom Singgah!!!

Himpunan Kata Hukama'

الوقاية خير من العلاج

Al- Wiqaayatu khoiru minal 'ilaaj

(Mencegah lebih baik dari mengubati)

خير الناس انفعهم للناس

Khoirun nasi ‘anfa’uhum linnas

(Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain)



Mutiara Hikmah Terkini

تنظيم الوقت اساس النجاح

Tanzimul wakti asasun najah

(Pengurusan masa asas kejayaan)

Klik di sini!!!