Jiwa Seni: Nak tahu???

Azhan Atan yang merupakan juara Akademi Nasyid kini kembali dengan album terbarunya yang bertajuk Fikrah. Album itu merupakan album kedua selepas album sulungnya yang bertajuk Ku MilikMu terbitan Hijjaz Record. Ia mula dipasarkan pada 29 Julai 2011 dengan menampilkan lagu-lagu yang bertemakan cinta. Menurutnya lagu-lagu yang dibawa berunsurkan cinta kepada Allah, Rasulullah, Ibu-bapa dan anak-anak pewaris nabi. Lagu-lagu nasyid ini memuatkan 7 buah lagu yang berkonsepkan World Music termasuk sebuah lagu qasidah. Ia juga turut menampilkan seorang penasyid solo tanah air iaitu Muadz dalam sebuah lagu dalam album ini. Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan boleh emailkan terus kepada ct_arabic@yahoo.com atau azhan_atan2008@yahoo.com.my atau hubungi ke talian 012-5347289. Anda juga boleh melayari blog Azhan iaitu http://azhan-atan.blogspot.com atau di facebook Azhan Atan untuk mengikuti perkembangannya.

Selain itu pada bulan Julai lalu album Erti Al-Fatihah nyanyian kumpulan penyanyi kanak-kanak yang dikenali sebagai Voices of Ummi (VOU) telah dilancarkan. VOU merupakan watak-watak utama dalam siri animasi muzikal kanak-kanak yang berjudul ‘Ummi-Ceritalah Pada Kami’ yang bakal menemui peminat di TV AlHijrah. Ia dianggotai oleh Aliff Johan dan Putri Dahlia, anak kepada penyanyi tersohor Malaysia iaitu Nora atau kini dikenali sebagai Nora J. Turut membarisi kumpulan ini ialah Aiman Abbas, Hana Hamdan, dan Jihad Hamdan. Album ini mengandungi 13 buah lagu yang berunsur irama pop, tradisional balada, jazz, country & western, r&b dan dance/hiphop. Antara lagu-lagu yang diperkenalkan ialah Erti Al-Fatihah, Bismillah-Alhamdulillah, sebuah lagu raya iaitu Ahai! Riangnya Hari Raya dan sebuah lagu bonus nyanyian Nora iaitu Pedoman. Album yang merupakan hasil keringat Nora itu diterbitkan oleh Hud Hud Media dan Johan Nawawi Sdn. Bhd. serta diedarkan oleh Erama Creative Sdn Bhd dan Erama Records Sdn Bhd. Anda boleh memuat turun di portal www. Erama.tv dengan harga promosi di bulan Ramadhan dengan harga RM 1.00 untuk setiap lagu.

Hiwar: Temujanji
















حسن: لماذا تأخرت

Limaza taakhorta?

Kenapa lambat?

محمد: لم اتأخر موعدنا الساعة الخامسة

Lam ataakhor. mau`idunas saa’tul khomisah

Saya tak lambat. janji kita kan pukul 5

حسن: لا موعدنا الساعة الرابعة

La, mau`idunas sa`atur rabi`ah

Tak, janji kita pukul 4

محمد: حقا معذرة لم اقصد لقد نسيت

Haqqon? Maaziratan, lam aqsid. Laqod nasitu

Ya ka? Maaf, saya tak sengaja. Saya terlupa

*Perhatian: Tukarkan taakhorta kepada taakhorti jika orang kedua (orang yang kita lawan cakap) perempuan

Video: Masih Ada Waktu




Ucaplah setinggi kesyukuran kepadaNya yang masih memberi kesempatan untuk kita membuka mata melihat dunia. Dengan kudrat dan nikmat yang kita rasai, gunakanlah sebaik mungkin dalam mengabdikan diri kepadaNya. Gunakanlah sisa umur kita sebaiknya sebelum tiba ke hujung usia. Jadikanlah hari-hari kita terisi dengan perkara berguna khususnya dalam bulan Ramadan yang bakal menjelang. Tingkatkan iman dan taqwa dengan beribadah padaNya dan jauhilah perkara yang membuahkan dosa. Mohonlah keampunan dengan penuh kesungguhan. Berdoalah moga hidup dilimpahi barakah dan rahmah,di akhirat kan beroleh syafaah.

Like

Popular Posts

Jom Singgah!!!

Himpunan Kata Hukama'

الوقاية خير من العلاج

Al- Wiqaayatu khoiru minal 'ilaaj

(Mencegah lebih baik dari mengubati)

خير الناس انفعهم للناس

Khoirun nasi ‘anfa’uhum linnas

(Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain)



Mutiara Hikmah Terkini

تنظيم الوقت اساس النجاح

Tanzimul wakti asasun najah

(Pengurusan masa asas kejayaan)

Klik di sini!!!